Isnin, 9 Oktober 2017

LAGU MALAYSIA LAMA POPULAR

Hingga ke saat ini
Pelbagai persoalan
Tak henti melanda
Untuk ku memikirkannya

Kau memilih diriku di atas dasar apa
Apakah kerana cinta
Atau pelepas sepi cuma

Seumpama dedaunan yang telah gugur bertaburan
Membiarkan ranting dimamah usang
Apakah semua itu akan terjadi padaku
Andainya benar maka tepatlah apa yang kuramalkan

Waktu bersamamu banyak benar kenangan yang kita ciptakan bersama
Dan satu darinya engkau bersyahdu
Bahawa aku takkan kehilanganmu
Susah payah kita semai benih cinta
Menempuh dugaan
Akhirnya kau tinggalkan
Sia-sialah ku bina istana cinta
Andai insan lain di hatimu bertakhta

Hingga ke saat ini
Ku masih mengenangkan
Detik-detik terindah 
Kesudahan aku parah


Lirik Lagu Rindiani Oleh Zamani Slam

Rindiani

Pernah kah aku sakiti hati mu
Atau kah prasangka
Meluahkan cinta ku oh kekasih
Semuanya tiada ku lakukan
Tapi mengapa engkau tak pernah peduli

Mungkin kah semua inikan terjadi
Ada ku yang selalu menyayangi dirimu sertulus hati
Biar lah rela aku menahan
Demi pertubuhan cinta kita berdua

Rindiani
Kekasih ku sayang
Jangan pergi dari sisi ku
Rindiani bunga hati sayang

Maaf kanlah kira ku bersalah
Ku harapkan suci dan cintamu
Kepada ku
Ku harapkan hati mu hanya untuk diri ku


Keinsafan Lirik - Kerabat

Sayup terdengar hujan mencurah ke bumi
Kini terasa memecah kesunyian malam
Dan aku di sini sendiri dibaluti resah
Dibayangi sesal yang tak sudah

Renung langit sepi tiada purnama
Di dalam kelam ku lihat bayangku sendiri
Terpaku membisu tanpa suara dan segala
Apa petanda, apa rahsia

( korus )
Oh Tuhanku Yang Maha Esa
Maha Penyayang Maha Pemurah
Andainya malam yang begini
Memberi pengertian untukku
Mencari hidayahmu...

Maka kutadahkan setulus
Pengampunan dan pengharapan
Untuk aku menebus dosa-dosa semalam

Cukup setakat ini... aku merasa
Terasing terhukuman dalam sengsara
Balasan dari kehancuran
Yang aku ciptakan

Dan kini ku mengerti
Antara dosa pahala
Yang mana lebih utama
Dalam meniti hidupan dan hari kematian
oh...

( solo )

( ulang korus & 1 )

( 1 )
Andai malam ini satu peringatan
Bersyukurku pada Illahi
Andai malam ini satu kesudahan
Ku pintakan... satu pengaduan
Untukku menyudahkan kalimah
Terakhir...



Relakan sang bayu kini berpatah arah
Relakan sang mentari memanah resah
Usahlah kau paksa semua padamu pasrah
Walau tak tiris kau genggam khazanah dunia
Biarlah ribut berpuput bayu bertaut
Biarlah suria membakar ke dasar laut
Pasti rindumu tak mungkinkan larut
Andai kasih yang kau semai semakin surut

* Walau berlimpah sumpah kasih kau curah
Tak bermakna jika hanya mainan
Hampa dibibir saja
Melingkar bicara dusta
Biasan hasrat penuh pesona
** Cerminlah hasrat mu teman
Putarkan gambar amalan
Hentikan semua liar persoalan
Yang kau taburkan sebagai alasan
*** Luruskan coretan fikiran
Remangkan paksi keimanan
Leraikan desakan sunyi perasaan
Yang menikam ke dasar keyakinan
Solo
Ulang * hingga ***
Andainya kau tewas dalam menentang rasa
Luruh apa yang kau khayalkan syurga
Dayunglah ke muara dengan penuh tabah
Pastinya kau kan tiba ke pangkuanNya…
Ke pangkuanNya
Ke pangkuanNya…
Lagu: Addie M
Lirik: Yunus Said

Tiada secantik bahasa mu
Ku gubah lalu menjadi lagu
Tidak setanding paras
Wajahmu itu menjadi rindu
Andainya bulan retak seribu
Bayangmu ada dimana-mana
Jika kaca berderai
Luka tertusuk
Seluruh jiwa
Kita pun diibaratkan
Kasih suci yang bahagia
Aku turut merasakan
Mahligai yang
Jadi nyata… bersamamu
Pertama dan kaulah segalanya
Riwayat yang menghikayat cinta
Kasih jangan biarkan
Kata yang nista
Membakar kita
Kata janji bukan ukuran
Hanya sejati dalam diri
Kuburkan aku dihatimu
Demi cinta sebelum mati
Sejauh manapun terpisah
Kau dihatiku dan ku sama
Dalam tidur dalam terjaga
Ku ucapkan salam sejahtera


Lirik Sudah Tiada Tunasnya :

SETELAH BERTAHUN KAU MENYEPI
MEMBAWA KEMARAHAN DIHATI
AKU BAGAI HILANG ARAH KEMUDI
BETAPA WAKTU ITU TERCABARNYA MARUAHKU
PERITNYA PENGALAMAN HIDUP

SETELAH LUKA AKU TERUBAT
KAU JELMA KINI UNTUK MERAWAT
MERAYU AKU SEPERTI DAHULU
BIARLAH AKU MAKLUMKAN KEDUDUKAN
SEBENAR SESUNGGUHNYA CINTA KITA
SUDAH TIADA TUNASNYA

KORUS: 
SEMUANYA TETAP ABADI SEPERTI MULA DULU
ITU BKN BERERTI UNTUK ENGKAU BERTAKHTA KEMBALI
CUKUPLAH AKU MENANGIS DARI PERBUATANMU YG MENGHIRIS

BIARLAH AKU MAKLUMKAN
KEDUDUKAN SEBENAR
UNTUK KU TERIMA MU SEPERTI DULU
KU SUDAH TAWAR...


IWAN - FANTASIA MUSIM CINTA

Ku genggam awan kelabu
Ku gapai langit yang biru
Arah kita kan bersatu
Tinggalkan lagu rindumu

Langkah kita makin hampir
Ku tahu kau menunggu ku
Di hujung titik menantilah aku
Alam mimpi

Bulan bintang sang suria
Bagai saksi janji kita
Meniti hari hari yang indah ini

Gunung akan ku daki
Lautan kan ku renangi
Demi memburu mimpi yang pasti

Pintu kini telah terbuka
Kita pun langkah bersama
Fantasi mimpi berakhir
Cinta pun berpadu

Hari hari yang berlalu
Menjelma bukanlah mimpi lagi
Umpama sungai dan tebing
Seiring sehati dan sejiwa

Tajuk lagu: Fantasia Musim Cinta
Lagu: Toyak
Lirik: A Wahid Nasir
Album: Iwan - E1 (1992)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Cari Blog Ini